"Macam lah dulu kau tak pernah free-hair" "Macam lah kau lahir siap dengan tudung sekali" "Macam lah kau tu alim sangat" "Kau ingat kau perfect lah?" "Perfect sangat ke kau ni nak betulkan orang lain?"Alright. Biar aku jawab one-by-one. Yeah, dulu aku memang free-hair eventhough aku tadika kat tadika islam. Maksud aku, aku pakai tudung time tadika tapi bila dah besar, tudung aku ntah gi mana ntah. Aku lahir dulu pun free-hair apa :D Aku ni takda lah alim mana pun. Perfect lagi lahh TAK. Aku post benda ni bukannya nak betulkan orang, tapi just nak bagi pendapat aku ja :)
Aku bertudung pada asalnya atas paksaan mak aku. Lepas tu, aku rasa macam dah biasa sangat pakai tudung setiap kali nak pegi mana-mana. Satu hari.. *cehh..macam pertandingan bercerita lah pulak xD* BTOS. Satu hari, aku tak sempat nak pakai tudung sebab rushing nak pegi somewhere, aku pun tak ingat dah mana pin tudung aku yang berlambak tu and tudung pun aku baru cuci, tak sempat kering, iron lagi lah tak sempat. Lepas tu, mak aku suruh jalan ja, takyah pakai tudung lah coz dah tak sempat. Time jalan tu aku rasa pelik gila, sejuk pun ada jugak, selalunya ada tudung yang selimuti kepala and leher aku. Tapi time tu takda langsung. Nasib aku keluar tak lama sangat. Biarpun tak lama mana, aku jumpa schoolmate aku kat tempat tu, malu gila aku rasa time dia nampak aku tak pakai tudung. Aku sengih je, nasib baik dia tak sindir aku. Sejak tu, AKU BERUBAH.
Malam tu, aku pun terfikir lah pasal bertudung ni. Kalau difikirkan semula memang ada hikmahnya jugak kan? Sekarang, aku pakai tudung sebab ramai orang kenal aku kalau pakai tudung, terutama orang dewasa tu, contohnya jiran sebelah rumah, cikgu [kot2 lah terjumpa kat bandar ke], kawan mak aku and kawan ayah aku. Kalau diorang nampak aku tak pakai tudung, diorang kenal aku tak? Confirm tak. Katakanlah kalau diorang biasa nampak aku pakai tudung, bukan ke pelik tu kalau tetiba ja diorang nampak aku free-hair? Bukan setakat tu ja, bayangkanlah apa diorang akan cakap nanti kalau diorang nampak aku tak pakai tudung? Maruah mak bapak aku pun confirm jatuh, mesti diorang cakap "Ehh, anak si polan tu tak pakai tudung lahh, depan parents pakai bagai nak rak, belakang parents buat selamba derk je". Ayat yang sewaktu dengan ayat tu lah yang menginsafkan aku.
No comments:
Post a Comment